Ahad, 18 November 2012

PeTuA MeNjAdI PeLajar cemerlang^-^


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
kelab kompang tingkatan5 smk seri bera(2012)lelaki

Selasa, 13 November 2012

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

                         Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang
Bila saya ke kedai buku dan tengok2 buku motivasi, tersenyum aje bila tengok buku2 motivasi tentang pelajar cemerlang. Mestilah ia tentang pelajar sekolah atau kolej/uni. Dah tua2 ni walau claim ‘I am a student of university of the world’ tapi still takkan survive macam pelajar2 sekolah tu.
Saya ni bukanlah cemerlang sangat masa sekolah dulu. Orang kata, cukup makan. Tapi seronok juga bila mak ayah tengok kita naik pentas tiap2 tahun terima hadiah cemerlang peperiksaan :) Masa sekolah rendah dulu saya target nak basikal baru, hadiah dari sekolah untuk pelajar yang dapat 4A UPSR, tapi sayangnya masa tahun saya kami dapat jam Alba, tak de rezekila nak dapat basikal.
Teringat masa sekolah rendah, terkedek2 naik basikal ke sekolah.
Masuk sekolah menengah, lagilah teruk. Harusla kan, budak kampung masuk bandar. Memang jakun habis. Kerja saya tiap2 tahun ialah turun kelas. Malas belajar. Taknak masuk kelas no. 1 sebab taknak nanti kena belajar pasal orang lain semua rajin2. Boleh tak macam tu? AKhirnya masa tingkata 3 dapat hidayah, untuk ‘lari’ dari sekolah tu, kena dapat asrama penuh. Kalau tak mesti jatuh standard, daripada sekolah pilihan, balik sekolah kat kampung :P
Syukur pada Allah tercapai gak impian nak duk asrama.Walaupun masa form 3 saya lari keluar asrama. Hehe. Kelakar sungguh. Tiba2 punggah kain baju balik rumah. Sampai dormate pun tak sedar saya hilang. Tau2 dah jadi pelajar harian. Tension kat asrama sebab tak dapat makan cikedis :P
Form 4 & form 5 pun sama. Walapun duk kelas nombor 1 tapi tak semestinya pandai! Dahlatarget SPM cukup2 makan je. Padan muka kan akhirnya dapatle cukup makan…
Tentang  tajuk di atas, cemana nak bagi tips cara jadi pelajar cemerlang sedangkan saya sendiri pun cukup2 makan je.
Tapi ape yang boleh saya kongsi sepanjang masa2 mendapat hidayah, antara cara menjadi pelajar cemerlang:

1. Letak target

Setiap kali peperiksaan saya nak nombor 1. Tapi masa sekolah rendah saya memang pandai pun :P Tak target pun memang nombor 1 punyalah!
Saya adalah pelajar yang lemah dalam Maths (tapi apsal jadi engineer??) dan ENglish. Tapi masa tingkatan 3, saya letak target yang Maths saya akan OK, begitu juga ENglish. Berani tu letak 9A :D Bila ada target, kita akan berusaha untuk capai target tu, walaupun agak impossible pada mulanya. Maths saya memang duk main di sekitar bulan sabit je, tapi kejayaan itu tiba jua semasa peperiksaan sebenar. :)

2. Tahu apa yang diperlukan untuk capai target

Kalau dah tahu tak pandai Maths tapi nak dapat A, pandai2 la cari jalan cemana nak realisasikan. Kalau setakat tulis dan tampal je, kucing pun boleh buat. Macam kita nak bawak kereta, kita kena start engine dia dulu. Kalau kita cuma duduk di seat driver dan berharap kereta itu bergerak akhirnya supaya kita dapat bawak… hmmm berkaratla…

3. Fahami target supaya kita tak tersasar

Nak dapat 9A kenapa? Nak dapat 4.0 kenapa? Tak penting pun ni, tapi penting di saat2 kita down. Katala tengah down, pastu malas nak pikir. Terus ingat “Ah lantaklah dapat berapa2 pun aku tak kisah dah?”. Tapi bila ada target tu kita cuba untuk perbaiki mana yang patut, dan setiap kali kita jatuh tu kita anggap as motivasi.

4. Hubungan baik dengan guru

Penting ni woo. Tak berkat ilmu nanti. Kalau ye pun belakang mengata, depan2 mesti mulut manis.Hehe. Kang kene sumpah dengan cikgu terus tak jadi apa. Eh, saya memang respek sama cikgu. Tak penah nak lawan2 cikgu. Long term effect tuh. Kang besok2 kita jadi cikgu anak murid taknak dengar langsung cakap kita (eh bukan mmg camtu ke?).

5. Hubungan baik dengan ibu bapa

Doa mereka.. restu mereka… Tapi haruslah belajar rajin2 utk mereka jugak kan? Kena hormat dan sayang mak ayah, jangan sampai mak kata “Pegi mamp*s sama kau?” ha… nanti betul2 merana hidup.Naudzubillah.

6. Menjaga amalan

Amalan ni termasuklah amalan spiritual dan amalan akademik. Nak pandai kena la rajin belajar, rajin ulangkaji, rajin baca buku.. dan yang utama ialah menjaga solat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ada pulak yang kata “EH dia tu tak solat pun tapi pandai juga. Dia ni rajin solat tapi tak pandai pun” Wallahuaklam bissawab. Little that we know apa yang Allah sediakan untuk setiap kita. Tapi sunnatullah kalo nak berjaya kena laa usaha beb.

7. Berdoa

Usaha dah, belajar dah, buat ulangkaji hari, tapi lupa nak berdoa. Ini sama la macam budak nak amik gula2 dalam almari berkunci.. macam2 la dibuatnya untuk amiq gula2 tu. Tapi.. kunci tak mintak. Appara.
                                                    semoga dapat mengikut cara cara menjadi pelajar cemerlang